Sunday, June 7, 2009

MOTOR KAWASAKI

Terdapat sebilangan penduduk Kunak yang berketurunan dari suku kaum Timor. Ramai dari kalangan mereka yang mempunyai logat tersendiri apabila bercakap menggunakan Bahasa Malaysia. Antaranya ialah pengguguran konsonan 'n' yang terdapat pada hujung sesuatu perkataan. Misalnya, "belacan" disebut "belaca".

Kisah ini saya dengar dari sembang Budak-Budak Motor yang sedang duduk minum-minum disebuah warung mamak di Pekan Kunak:

"Di warung nilah saya jumpa Om tu," kata seorang pemuda memulakan cerita. "Om" ialah panggilan yang biasa digunakan untuk seorang lelaki Timor yang lebih tua dari orang yang berbicara dengannya.

"Selepas ni, Om mahu ke mana?", tanya ku kepada Om.

Om jawab, "Mau pigi cari kawasaki."

"Waah!...berapa cc, Om?", tanyaku lagi.

"Kau tanya sisi, kenapa? Banya sisilah!", kata Om dengan nada yang agak tinggi.

"Kalau banyak cc mesti besar tu Om. Saya boleh tolong," kataku menawarkan perkhidmatan. Manalah tahu boleh dapat komisyen. Dari si Om kah... dari tauke motor kah....

"Om cari kawasaki di kedai motor dekat pejabat Jabatan Pendaftaran. Sana banyak tu," sambungku lagi.

Om tiba-tiba bangkit dari tempat duduknya dan dengan marah berkata, "Phuii! Hei budak, kau janga mai-mai sama Om. Kami orang Timor kalo saki buka disimpa di kedai motor. Kami simpa di hospital!".

Barulah aku sedar yang si Om bukan mencari Motosikal Kawasaki tetapi sedang mencari kawannya yang sakit. Kerana perbezaan logat dan minat, 'kawa saki' bagi si Om ialah 'kawan sakit' sedangkan bagiku 'Kawasaki' ialah jenama motosikal yang aku minati.


No comments:

Post a Comment